suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Langgar pejalan kaki hingga maut, Im Seulong (2AM) didenda RM25,000

Seulong menyebabkan kematian pejalan kaki.

PENYANYI K-Pop Im Seulong yang merupakan ahli kumpulan 2AM didenda 7 juta won atau bersamaan RM25,690 selepas terlibat kemalangan lalu lintas dan melanggar seorang pejalan kaki sehingga maut.

Bintang K-Pop berusia 33 tahun ini dikhabarkan telah meminta maaf kepada keluarga mangsa kerana menyebabkan kematian anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Seulong 2AM terlibat kemalangan maut, langgar pejalan kaki

Walau bagaimanapun, Seulong tetap dikenakan denda kerana kemalangan tersebut berpunca daripada kecuaiannya.

Pada 1 Ogos lalu, Seulong memandu kenderaan miliknya di Jalan Eunpyeong, Seoul kira-kira 11.50 malam dalam keadaan hujan.

Dia telah melanggar pejalan kaki yang melintasi jalan tersebut secara tiba-tiba.

Rakaman CCTV juga memperlihatkan bukti kemalangan itu melibatkan kenderaan Seulong dan mangsa.

SUMBER: SOOMPI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain