suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Im Siwan sumbang RM73,000 kepada kanak-kanak miskin sempena ulang tahun ke-32

Im Siwan pernah menderma jumlah yang sama kepada pesakit Covid-19.

PELAKON Korea Selatan, Im Siwan memberi sumbangan sebanyak lebih RM73,000 sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 pada Selasa lalu.

Memetik laporan Soompi, sumbangan yang dibuat oleh Im Siwan itu diletakkan atas nama kelab peminatnya iaitu Swan.

Im Siwan memberitahu dia sentiasa bersyukur dengan sokongan yang diberikan peminatnya dan mengambil keputusan untuk menderma sebagai tanda kasih sayang yang diterima daripada mereka.

Seperti yang diharapkan Im Siwan, wang tersebut akan digunakan untuk membantu kanak-kanak yang datang dari keluarga kurang berkemampuan.

Sebelum ini, The Community Chest of Korea berkongsi bahawa Im Siwan pernah menderma dengan jumlah yang sama untuk pesakit yang dijangkiti wabak Covid-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia