suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ariana Grande muat naik foto bercumbu dengan Dalton Gomez, peminat teruja mahu pasangan itu bercinta

Ariana dikatakan mula bercinta dengan Dalton sejak Mac lalu.

TEKA-TEKI mengenai hubungan cinta Ariana Grande dengan Dalton Gomez akhirnya terjawab apabila penyanyi itu memuat naik foto bercumbu di laman Instagram miliknya.

Perkongsian yang dianggap jarang sekali berlaku itu mengejutkan orang ramai terutamanya peminat yang mengharapkan penyanyi kegemaran mereka menemui kebahagian.

Sebelum ini, penyanyi lagu Thank You, Next ini pernah menyelit foto mesra mereka bersama di sebalik gambar lain dalam satu album.



Ariana dan Dalton luang masa bersama di rumah sepanjang pandemik Covid-19.

Menurut laporan Justjared, hubungan pasangan itu mula menjadi bualan selepas mereka dilihat bersama buat pertama kali pada sambutan Hari Kekasih.

Biarpun tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu namun mereka dilaporkan mula menjalinkan hubungan cinta pada Mac lalu.

Sumber turut memberitahu, pasangan ini menjalani kuarantin bersama sepanjang tempoh pandemik Covid-19 dan mereka banyak meluangkan masa bersama di rumah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia