suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Eunha GFRIEND terpaksa berehat, tinggalkan dunia nyanyian kerana masalah mata

Eunha terpaksa berehat sehingga keadaan matanya pulih dan sembuh semula.

AHLI kumpulan GFRIEND iaitu Eunha terpaksa berehat sementara daripada menyertai persembahan nyanyian kerana keadaan kesihatannya yang kurang baik.

Menurut laporan Soompi, pihak pengurusan iaitu Source Music memberitahu Eunha perlu berehat kerana dia berdepan masalah kesihatan pada bahagian matanya.

Sebelum ini, Eunha pernah dilihat menghadiri sidang media MAGO dengan mata kanannya ditutup kerana masalah yang tidak diketahui.

Difahamkan mata kanan itu mengalami bengkak di bahagian kornea sehingga menganggu penglihatannya.

"Eunha sedang menerima rawatan lanjut selepas menghadiri satu acara minggu lalu," kata wakil pengurusan.

Melihat kondisi semakin teruk, pengurusan memberi kebenaran untuk Eunha berehat daripada mengikuti sebarang acara bersama kumpulan GFRIEND sehingga keadaannya benar-benar pulih.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain