suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara tiada Lisa, foto YouTuber DDDD bersama Blackpink dikecam netizen

Foto bersama kumpulan Blackpink tanpa kehadiran Lisa.

TINDAKAN Youtuber dan selebriti media sosial, DDDD memuat naik foto bersama kumpulan K-Pop popular Blackpink di set penggambaran program bertajuk Fun Match baru-baru ini menerima kecaman peminat kumpulan itu.

Foto yang memaparkan DDDD bersama semua anggota Blackpink kecuali Lisa mencetuskan rasa kurang senang peminat mereka.

Akaun instagram DDDD diserang netizen yang menganggap Youtuber tersebut bersikap perkauman dan diskriminasi.

Tidak mahu berdiam diri, DDDD tampil memberi penjelasan dan menyelesaikan salah faham yang berlaku.

"Kami mengambil gambar kumpulan itu semasa rehat secara tiba-tiba dan ketika itu Lisa tidak ada di sana. Saya juga peminat anda, Lisa," kata DDDD.

DDDD merupakan seorang YouTuber popular yang baru-baru ini dikatakan mempunyai hubungan dengan penyanyi, Ailee.

Ruangan komen pada perkongsian gambar tersebut ditutup oleh DDDD bagi mengelakkan perbalahan netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

lisa black pink, youtuber, DDDD, kecaman

Artikel Lain