“Sedih tak dapat bermain bola sepak” - Judika hilang sumber pendapatan, 18 acara dibatalkan

Judika dan isterinya, Duma Rilis memantuh perintah kerajaan untuk berada di rumah.

PENULARAN wabak Covid-19 di seluruh dunia turut memberi kesan kepada kehidupan dan aktiviti seni penyanyi Indonesia Judika.

Menerusi video luahan Judika dan isterinya, Duma Rilis di saluran YouTube, dia memberitahu sebanyak 18 acara sepanjang bulan Mac hingga Mei terpaksa dibatalkan susulan wabak tersebut.

Bagaimanapun, Judika akur dengan saranan kerajaan untuk sentiasa berada di rumah biarpun akui berasa sedih tidak dapat melakukan aktiviti sukan.

"Tadi saya menerima mesej daripada pengurus saya yang mengatakan acara di Singapura dibatalkan. Sebenarnya terlalu banyak acara yang telah batal.

"18 acara sehingga kini, kami kehilangan banyak punca rezeki.

"Tapi demi kebaikan bersama, kami memang ikut arahan untuk berada di rumah. Biarpun saya agak sedih tidak dapat melakukan aktiviti bermain bola sepak," katanya.

Sumber - Liputan6

Judika, Covid-19

Artikel Berkaitan

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain