suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tom Hanks dan isteri pulang ke AS, hanya duduk rumah jalani kuarantin pengasingan diri

Tom Hanks dan isteri kini sudah sembuh dari wabak Covid-19.

SELEPAS menjalani kuarantin di sebuah hospital akibat dijangkiti Covid-19 pada awal Mac, pelakon Tom Hanks dan isterinya Rita Wilson kembali ke Amerika Syarikat.

Menurut laporan CNN, Hanks memberitahu hal tersebut menerusi satu muat naik gambar di laman Twitter peribadinya baru-baru ini.

"Kami kini berada di rumah, dan seperti seluruh rakyat Amerika Syarikat, kami terus mengasingkan diri dan menjaga jarak," tulisnya dalam laman Twitter.

Tom Hanks berkongsi perkara itu di Twitter.

Selain daripada itu, Hanks turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak khususnya kakitangan kesihatan yang menjaga dia dan isterinya selama menerima rawatan di Australia.

"Kami berterima kasih terhadap semua pihak di Australia yang menjaga kami.

"Jagaan dan bimbingan mereka membolehkan kami kembali ke Amerika Syarikat.

"Terima kasih juga kepada anda semua yang menghulurkan bantuan. Rita dan saya sangat menghargainya," ujarnya.

Tom Hanks, Covid-19, Rita Wilson

Artikel Lain