suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RM (BTS) beli apartment mewah bernilai RM17 juta tanpa pinjaman bank

RM beli kediaman di salah sebuah lokasi mewah di Seoul, Korea Selatan.

AHLI kumpulan BTS iaitu RM dilaporkan membeli sebuah kediaman mewah di Seoul, Korea Selatan.

Menurut laporan Koreaboo, kondominium bernilai AS$4 juta (RM17 juta) itu dibeli tanpa menggunakan sebarang pinjaman kredit pada November tahun lalu.

Unit kondominium seluas 284.21 meter persegi itu terletak di Hannam The Hill iaitu salah satu kompleks termahal disertakan dengan sistem kawalan ketat.

Menurut perunding hartanah, lokasi tersebut digelar sebagai 'a good place for your privacy' atau tempat yang baik untuk privasi.

Kediaman ini disertakan dengan kawalan keselamatan ketat.

Sementara itu, salah seorang penghuni kondominium tersebut mendedahkan pernah bertemu RM serta ahli kumpulan BTS lain dan menyifatkan mereka sangat sopan dan peramah.

"Saya melihat BTS di sebuah restoran tahun lalu dan mereka tegur penduduk di sini dengan senyuman. Walaupun mereka dikenali dan popular, tetapi sangat peramah dan baik," katanya.

Sebelum ini, anggota BTS iaitu Jin turut dilaporkan membeli sebuah apartment mewah di lokasi yang sama dengan bayaran tunai.

RM, BTS, Jin

Artikel Lain