suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cita Citata rancang majlis pernikahan di Bali

Cita Citata akan berkahwin pada tahun ini.

PENYANYI dangdut Indonesia Cita Citata, 26, akan berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya pada tahun ini.

Dipetik laporan detikhot, Cita sedang melengkapkan dokumen perkahwinan bersama calon suami yang dikatakan bukan warga Indonesia.

"InsyaAllah kami berkahwin pada bulan Jun.

"Saya masih melengkapkan dokumen-dokumen kerana berbeza negara dan ada tamat tempoh, jadi tidak mudah," katanya.

Penyanyi berumur 26 tahun itu juga memberitahu keinginannya untuk berkahwin di Bali dan semua sedang diuruskan.

"Saya mahu perkahwinan dibuat di Bali kerana saya dan calon suami berjumpa di sana.

"Kalau berkahwin tak hanya hal yang besar, hal-hal kecil juga perlu difikirkan seperti buah tangan. Semuanya masih dalam proses," ujarnya.

Cita Citata

Artikel Lain