suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ayu Ting Ting cedera buku lali ketika latihan koreografi

Ayu Ting Ting masih aktif bersukan biarpun buku lali kakinya cedera.

PENYANYI Indonesia Ayu Ting Ting mengalami kecederaan di bahagian buku lali kaki kirinya ketika sedang membuat latihan koreografi.

Memetik laporan Liputan6, Ayu berkata dia sudah beberapa kali cedera di bahagian yang sama dan sukar untuk sembuh.

Biarpun dalam keadaan masih cedera namun dia tetap aktif bersukan bersama rakan-rakannya.

"Saya sudah beberapa kali cedera di bahagian buku lali kaki dan memang sukar untuk sembuh.

"Saya dan rakan-rakan masih lagi aktif dalam bersukan. Sudah hampir tiga bulan kami akan bermain badminton seminggu sekali," katanya.

Ayu Ting Ting

Artikel Lain