suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angelina Jolie tinjau kampus anak di Korea Selatan sebelum mulakan pengajian

Angelina meninjau fasiliti di universiti anaknya menyambung pengajian. Foto: metro.co.uk

PELAKON Angelina Jolie telah mengadakan lawatan di Universiti Yonsei, Incheon, Korea Selatan, baru-baru ini.

Tinjauan itu dilakukan sebelum anaknya iaitu Maddox Jolie-Pitt, 18, menyambung pengajian di universiti tersebut bermula Isnin depan.

Menurut laporan CNN, pihak kampus memaklumkan Angelina mengadakan lawatan itu pada Rabu lalu.

"Angelina melawat kampus bersama beberapa perwakilan agensi dan melihat fasiliti universiti termasuk asrama dan perpustakaan," kata salah seorang staf kampus.

Maddox bakal menyambung pengajian dalam bidang bioteknologi dan menetap di kampus itu selama setahun.

Remaja itu akan menjalani sesi orientasi selama dua hari dan meneruskan sesi pembelajaran pada hari ketiga.

Sebelum ini media melaporkan Maddox menerima pelbagai tawaran universiti, namun dia sendiri memilih Yonsei dan mempersiapkan diri dengan mengikuti kelas bahasa Korea.

SUMBER: CNN

Angelina Jolie

Artikel Lain