suria

Kes gangguan seksual, kontrak eksklusif Kang Ji Hwan ditamatkan

Kang Ji Hwan dituduh lakukan serang seksual dan cubaan merogol. Foto: Soompi

AGENSI pengurusan artis, Huayi Brothers Korea menamatkan kontrak eksklusif bersama pelakon Kang Ji Hwan.

Ia susulan aktor berkenaan terbabit dengan kes serangan seksual terhadap dua pekerja wanita di syarikat tersebut.

"Kami mengikat kontrak bersama Kang Ji Hwan pada Mei lalu atas kepercayaan, namun segalanya di luar jangkaan dan kepercayaan itu telah musnah.

"Jadi kami memilih untuk menamatkan kontrak Kang Ji Hwan dan berjanji selepas ini tiada lagi kisah sama berulang dalam kalangan artis kami," kata pihak pengurusan.

Pada 9 Julai lalu, aktor berusia 42 tahun ini berada dalam keadaan mabuk bersama dua wanita yang juga merupakan pekerja agensi berkenaan.

Menurut laporan, kedua-kedua wanita itu menumpang tidur di rumah Kang Ji Hwan.

Bagaimanapun, seorang pekerja terjaga dan melihat Kang Ji Hwan cuba memperkosa rakannya itu.

SUMBER: Soompi

Kang Ji Hwan

Artikel Lain