suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ariana Grande hilang sabar, tinggalkan pentas selepas peminat Beyonce baling lemon

Ariana masih bersikap profesional. Foto: Metro UK

PENYANYI Ariana Grande berang terhadap beberapa individu yang bersikap biadap membaling lemon ketika dia sedang membuat persembahan di Coachella, baru-baru ini.

Menurut laporan Metro.UK, peminat Ariana percaya perbuatan itu dilakukan kelab penyokong selebriti popular, Beyonce yang tidak berpuas hati dengan bayaran yang diterima penyanyi kesayangan mereka.

Sebelum itu, Ariana membuat persembahan penutup yang cukup memukau apabila menampilkan bintang sensasi Justin Bieber sebagai tetamu pada konsertnya itu.

Bagaimanapun, ia dicemari dengan insiden mengecewakan apabila penonton membaling lemon ke arahnya.

Akibat daripada itu, bintang pop berkenaan bertindak menghentikan persembahannya dan meninggalkan pentas begitu sahaja.

Atas dasar profesional, Ariana kembali beraksi dengan lagu NASA beberapa minit kemudian.

Ariana Grande, Beyonce

Artikel Lain