Dua tahun bercinta, Rihanna sedia jadi isteri jutawan Arab Saudi - Bintang Global | mStar

Dua tahun bercinta, Rihanna sedia jadi isteri jutawan Arab Saudi

Rihanna dan Hassan dilaporkan menjalin hubungan cinta sejak dua tahun lalu. FOTO: abcnews

PENYANYI sensasi Rihanna menyatakan kesediaan menjadi isteri kepada jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel sekiranya dilamar dalam masa terdekat.

Menurut sumber terdekat, penyanyi kelahiran Barbados itu cukup gembira dengan hubungan yang dijalinkan sejak dua tahun lalu.

Rihanna yang terkenal dengan lagu Unfaithful itu dilaporkan pernah putus cinta dengan Hassan pada Julai lalu.

Namun pasangan secocok itu baru-baru ini dirakam sedang menikmati makan malam romantis di kota New York.

Bagaimanapun ia bukan kali pertama khabar angin mengenai perkahwinan pasangan itu dilaporkan media.

Dalam perkembangan terkini, Rihanna baru sahaja dipilih menjadi penghias muka depan majalah terkenal Vogue edisi Australia.

Perkongsian foto majalah tersebut menerima lebih sejuta tanda suka di laman Instagram miliknya. - metro.uk

Rihanna , Hassan Jameel