suria

Adele sah cerai, peminat ternanti lagu 'air mata' baharu

Adele dan Simon sah bercerai. Foto: TMZ

PENYANYI Adele mengesahkan dia dan suami Simon Konecko sudah bercerai dan tidak lagi bersama.

Menurut laporan portal hiburan TMZ, sumber memberitahu penyanyi Hello ini berpisah secara baik dan akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam membesarkan anak-anak.

"Mereka akan bersama menjaga anak lelaki kesayangan dengan penuh kasih dan sayang, Adele serta suami meminta ruang privasi dan tidak mahu komen lanjut," kata sumber.

Adele, 30, berkahwin secara rahsia dengan usahawan berusia 45 tahun itu pada tahun 2016 selepas lima tahun berpacaran.

Perkahwinan pasangan ini diketahui apabila penyanyi itu mengumumkannya ketika menerima anugerah pada Grammys 2017.

Gambar Adele bersama suami dirakam paparazi.

Adele yang popular menerusi lagu Someone Like You, Set Fire To The Rain, Skyfall, Send My Love dan banyak lagi merupakan artis terlaris di dunia dan banyak memenangi anugerah.

Adele dan Simon mempunyai seorang anak, Angelo, berusia tujuh tahun.

Dalam pada itu, ramai peminat berasa gembira dengan berita penceraian tersebut kerana menjangkakan ia bakal menjadi inspirasi untuk album akan datang.

"Sedih untuk Adele tetapi menggembirakan untuk album akan datang.

"Rasa janggal mereka bercerai tetapi berharap ia membawa kepada penghasilan lagu baru yang lebih ke jiwa," tulis netizen di Twitter.

Adele

Artikel Lain