suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suran buang sebelah payudara akibat kanser

Suran pernah menghidap penyakit kanser payudara pada empat tahun lalu.

PENYANYI Suran mendedahkan dia menghidap penyakit kanser payudara sejak empat tahun lalu.

Menurut laporan Allkpop, Suran memberitahu dia telah menjalani pembedahan untuk membuang sebelah payudaranya.

Tambahnya lagi, dia terpaksa melalui fasa yang memeritkan ketika usia 20-an.

"Sudah empat tahun saya menghidap penyakit kanser payudara. Saya pernah menjalani pembedahan dan kini hanya mempunyai sebelah sahaja payudara.

"Saya terpaksa lalui semua ini di usia 20-an. Ia sangat mengejutkan. Saya seorang gadis dan sejujurnya saya rasa diri saya sudah tiada.

"Cara penampilan dan perangai saya berubah, jadi saya bimbang sekirangnya peminat melihat saya dengan berbeza," katanya.

Bagaimanapun, sehingga kini Suran masih lagi melakukan pemeriksaan biarpun sudah bebas daripada kanser.

Suran

Artikel Lain