suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Datuk berusia 77 tahun digelar bintang Kpop terbaharu

Datuk berusia 77 tahun menjadi perhatian apabila persembahannya menerusi lagu Crazy mendapat perhatian penonton.

SEORANG lelaki berusia 77 tahun mencuri perhatian apabila persembahannya menerusi lagu Crazy nyanyian asal Son Dombi menjadi perhatian penonton pertandingan nyanyian kebangsaan di Korea Selatan.

Koreaboo melaporkan lelaki tersebut, Ji Byung Soo menjadi tular di media sosial apabila ramai berkongsi video persembahannya dan menggelarnya bintang terbaharu kpop.

Menerusi persembahannya itu, Byung Soo bukan sahaja menyanyi dengan baik malah lincah menari di atas pentas membuatkan penonton bersorak untuknya.

Malah Byung Soo dapat menyampaikan bahagian rap dalam lagu itu dengan cemerlang membuatkan penonton lebih teruja dengannya.

Kpop

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia