suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Heechul (Super Junior) dedah hanya dapat RM55 hasil video di YouTube

ANGGOTA kumpulan Super Junior Heechul mendedahkan dia hanya mendapat sekitar 15,000 KRW (RM55) pada bulan pertama dia membuka akaun Youtube.

Heechul berkata, di sebalik popularitinya sebagai artis tidak menjamin peminat akan menonton video yang dimuat naik di saluran popular itu sekiranya bahan yang ditampilkan tidak menarik.

"Ketika saya mula-mula buka akaun Youtube, saya dapat 70,000 pengikut tetapi dalam tempoh sebulan ia hanya membawa pulangan sekitar 15,000 KRW sahaja.

"Dari situ saya belajar bahawa untuk berjaya di Youtube kita perlu ada bahan yang menarik dan hala tuju jelas agar dapat menarik penonton," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Kata Heechul personaliti Youtube popular lain sebenarnya mendapat pulangan lumayan menerusi medium itu kerana mempunyai misi jelas selain pasukan kreatif yang membantu dalam memastikan ia membawa keuntungan.

Heechul, Super Junior

Artikel Lain