suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hati Jennie (BLACKPINK) milik Kai (EXO)

Jennie dah Kai dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta.

ANGGOTA kumpulan BLACKPINK iaitu Jennie dilaporakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Kai (EXO).

Menurut laporan Soompi, sebuah portal Dispatch mengeluarkan foto-foto mereka meluangkan masa bersama pada 25 November lalu.

Menerusi laporan tersebut, Kai telah menjemput Jennie di kediamannya dan mereka berdua menghabiskan masa bersama, berpegangan tangan dan mengambil foto.

Foto mereka sempat dirakam oleh jurugambar bebas.

Menurut laporan Dispatch pula, pasangan ini pernah meluangkan masa bersama di Paris pada Oktober lalu ketika menghadiri acara fesyen di sana.

Kai juga dikatakan melawat Jennie selepas pulang dari bercuti di Hawaii pada 2 Disember lalu.

Agensi pengurusan SM Entertainment dan YG Entertainmen telah mengesahkan bahawa pasangan itu semenangnya sedang hangat bercinta.

Jennie, BLACKPINK, Kai, EXO

Artikel Lain