suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Travis Scott sangkal curangi Kylie Jenner

Travis Scott menyangkal dakwaan bersikap curang terhadap teman wanitanya, Kylie Jenner.

PENYANYI rap Travis Scott didakwa bersikap curang terhadap teman wanitanya yang juga bintang realiti dan usahawan, Kylie Jenner.

E! News melaporkan tuduhan itu dibuat terhadapnya selepas gambar memperlihatkan seorang lelaki menyerupai Travis sedang bermesra dengan seorang wanita tular di media sosial.

Penularan gambar tersebut memaksa Travis, 26, tampil ke hadapan bagi menyangkal dakwaan tersebut dengan mengatakan ia cubaan menjatuhkannya dan lelaki dalam foto itu bukan dirinya.

"Itu adalah cubaan palsu untuk memusnah sebuah cinta suci.

"Tindakan itu melampau dan jahat. Hentikan perbuatan itu. Saya berdoa agar Tuhan menghalang sebarang perkara jahat dan meraikan perkara yang baik," tulisnya di Instagram.

Beberapa jam sebelum membuat status itu, Travis berkongsi berita gembira dengan peminatnya apabila lagu terbaharunya, Sicko Mode menduduki tangga pertama carta Billboard 100 manakala albumnya, Astroworld turut menjuarai carta penjualan album, Billboard 200.

Kylie turut berkongsi berita gembira itu di Instagramnya dengan memuat naik gambar mesra mereka dengan emoji cincin.

Travis Scott, Kylie Jenner

Artikel Lain