suria

Minho dikejarkan ke hospital selepas wajah tercedera

Minho mengalami kecederaan pada wajahnya ketika menjalani penggambaran filem terbaharunya.

ANGGOTA kumpulan SHINee iaitu Minho dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran filem terbaharunya, Jangsari 9.15.

Koreaboo melaporkan Minho mengalami kecederaan pada bahagian mukanya selepas terkena serpihan benda asing ketika melakonkah salah satu babak dalam filem tersebut.

"Akibat kejadian itu, bahagian kiri wajahnya cedera apabila terkena serpihan benda asing daripada peralatan kesan khas ketika penggambaran," kata wakil penyanyi itu.

Tambah wakil tersebut, Minho berada dalam keadaan baik namun kecederaan itu akan mengambil masa untuk pulih.

"Kebetulan penggambaran filem itu selesai sebelum memasuki ke set baru ditempat lain jadi Minho dapat berehat sementara kecederaannya pulih.

"Dia akan kembali ke set untuk menyambung lakonannya dalam masa beberapa hari lagi," ujarnya.

Minho

Artikel Lain