suria

Kim Kardashian rakam Kanye West curi anting-anting

Kanye West dan Kim Kardashian ketika hadir pada pertunjukan fesyen Versace.

PENYANYI rap Kanye West terpaksa menahan malu apabila perbuatannya cuba mencuri sepasang anting-anting daripada pertunjukan fesyen Versace dirakam oleh isterinya, Kim Kardashian.

Kanye dan Kim ketika itu duduk di barisan hadapan pertunjukkan fesyen itu apabila dia ternampak barang kemas itu di atas lantai pentas peragaan sebelum mengambilnya.

Pun begitu, Kanye tidak menyedari perbuatannya itu dirakam oleh Kim dan memuat naik video itu di Instastory.

Bagaimanapun menerusi video sama, Kanye menjelaskan dia mengambil anting-anting itu kerana ia berada di depan matanya.

"Mereka ingat saya akan pulangkan? Saya akan mencurinya," katanya.

Kim Kardashian, Kanye West

Artikel Lain