suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Goo Jae Yee bakal berkahwin dengan seorang profesor dalam majlis tertutup

Goo Jae Yee bakal berkahwin pada 30 Disember depan.

PELAKON Goo Jae Yee mengumumkan dia bakal melangsungkan perkahwinan pada 30 Disember depan dalam majlis tertutup.

Menurut laporan Soompi, berita gembira itu dikongsi agensi pengurusannya, My Company baru-baru ini.

Kata wakil agensi tersebut, tunang Jae Yee bukanlah dikalangan selebriti sebaliknya merupakan seorang profesor.

"Perkahwinan mereka akan diadakan di Seoul dan hanya dihadiri oleh keluarga serta teman rapat.

"Walaupun bukan selebriti, tunangnya merupakan seorang profesor yang kacak. Dia kini bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti di Perancis.

"Mereka berdua dikenalkan oleh sahabat masing-masing. Selepas beberapa tahun bercinta akhirnya pasangan ini membuat keputusan untuk berkahwin.

"Selepas berkahwin, Jae Yee akan berulang-alik dari ke Korea dan Perancis untuk mengimbangkan tugaskan sebagai seorang isteri serta kerjaya sebagai pelakon," jelasnya.

Goo Jae Yee

Artikel Lain