suria

Konsert BLACKPINK pertama di Malaysia, tiket paling murah RM373

TIket konsert mula dijual pada 12 Disember ini. Foto: Soompi

KUMPULAN kpop popular, BLACKPINK bakal menjayakan konsert sulung, BLACKPINK 2019 World Tour [In Your Area] Kuala Lumpur pada 23 Februari tahun depan.

Menurut penganjur iaitu Macpiepro, konsert istimewa itu bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam dan negara ini merupakan salah satu destinasi yang dipilih dalam siri jelajah Asia.

Dalam persembahan itu, mereka akan menyanyikan lagu-lagu popular secara solo dan remix.

Selain Malaysia, BLACKPINK juga bakal menjelajah Bangkok, Jakarta, Hong Kong, Manila, Singapura dan Taipei.

Tiket konsert dijual bermula harga RM373 untuk Zon Hijau, RM483 (Zon Ungu), RM573 (Zon Kuning), RM673 (Zon Merah), RM693 (Zon BLINK) dan boleh didapati di laman web rasmi Macpiepro (www.macpiepro.com) bermula 12 Disember ini.

BLACKPINK terdiri daripada empat ahli kumpulan iaitu Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa telah berjaya menarik perhatian peminat kpop dari seluruh dunia menerusi pelancaran debut pertama mereka, SQUARE ONE pada tahun 2016.

Blackpink

Artikel Lain