suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu bapa Rain dituduh tidak bayar hutang

Ibu bapa penyanyi Rain didakwa gagal membayar hutang yang dipinjam 20 tahun lalu. Foto KOREABOO

NAMA Rain menjadi perhatian apabila ada pihak mendakwa ibu-bapa penyanyi dan pelakon itu pernah meminjam wang keluarganya sebanyak AS$22,000 (RM92,257) namun gagal membayar sehingga kini.

Individu itu mendakwa ibu-bapa Rain pada awalnya memberi alasan tidak membayar hutang yang dipinjam pada 1998 itu kerana mengalami kesusahan sebelum menghilangkan diri.

Menurutnya lagi, mereka sudah mencuba pelbagai cara untuk menghubungi Rain termasuk menghantar surat namun gagal.

"Rain hidup senang dan selesa tetapi kehidupan kami dalam kesusahan kerana perkara itu," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Individu itu turut memuat naik nota perjanjian di antara keluarganya dan ibu bapa Rain.

Laporan mengenai ibu bapa Rain itu timbul selepas ibu bapa penyanyi Microdot turut melakukan penipuan menggunakan populariti anak mereka.

Rain

Artikel Lain