suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ariana Grande berang dituduh ambil kesempatan kematian Mac Miller

Kematian Mac Miller masih meninggalkan kesan kepada Ariana Grande.

PENYANYI Ariana Grande berang apabila dia dituduh mengambil kesempatan terhadap kematian bekas teman lelakinya, Mac Miller pada September lalu.

Tuduhan itu timbul selepas Ariana, 25, memuat naik gambar memori dari Facebook bersama Mac ketika mereka menyambut perayaan Thanksgiving tahun lalu.

Menerusi kapsyen pada gambar itu, Ariana menulis dia merindukan Mac dan netizen mula mengecamnya.

Tidak tahan dengan tuduhan netizen, Ariana membalas salah satu komen dan memberitahu dia berharap tiada siapa yang akan melalui detik sukar sepertinya.

"Peace and love. Saya doakan anda tidak perlu melalui sesuatu seperti ini (kematian orang disayangi) dan saya doakan kesejahteraan anda," tulisnya seperti dilaporkan Huffington Post.

Mac, 26, meninggal dunia akibat keracunan dadah selepas beberapa bulan mengumumkan perpisahan dengan Ariana.

Mereka menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.

Ariana Grande, Mac Miller

Artikel Lain