suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liam Hemsworth, Miley Cyrus kongsi foto kediaman mewah terbakar

Kebakaran hutan di Malibu, California turut memusnahkan kediaman pasangan penyanyi ini. Foto: CNN

KEDIAMAN pasangan penyanyi Miley Cyrus dan Liam Hemsworth musnah dijilat api dalam satu kebakaran hutan di California, Amerika Syarikat.

Berkongsi mengenai perkembangan tersebut, Liam berkata mereka bakal membina semula rumah itu dan membantu komuniti penduduk yang turut terjejas akibat bencana tersebut.

Pasangan ini akan menyumbangkan dana sebanyak AS$500,000 (RM2.1 juta) untuk Yayasan Malibu melalui badan kebajikan Cyrus.

Kediaman mereka musnah dijilat api.

Pada Rabu lalu, Hemsworth berkongsi beberapa keping foto keadaan rumahnya yang musnah akibat kebakaran.

"Saya luangkan masa di Malibu dan rasa sangat kagum kerana komuniti di sini berganding bahu membantu antara satu sama lain.

"Komuniti Malibu sangat tabah berdepan ujian ini dan kejadian yang berlaku membuatkan kami menjadi lebih kuat.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anggota penyelamat dan penduduk yang membantu memadamkan api berdekatan rumah saya," katanya.

SUMBER: CNN

Miley Cyrus, Liam Hemsworth

Artikel Lain