suria

Album solo RM (BTS) catat sejarah carta album di Amerika Syarikat

RM melancarkan album solonya yang berjudul Mono.

MINGGU lalu anggota kumpulan terkenal BTS iaitu RM melancarkan album solonya dan ia telah pun mencipta sejarah tersendiri.

Koreaboo melaporkan RM berjaya memecah rekod sebagai artis solo Korea pertama yang berjaya menembusi carta penjualan album Billboard 200 di Amerika Syarikat dengan kedudukan tertinggi iaitu tangga ke-26 pada minggu pertama ia dilancarkan.

Nielson Music mengumumkan album berjudul Mono itu terjual sebanyak 21,000 unit menerusi platform digital dan streaming yang bersamaan 16,000 unit penjualan album tradisional (cakera padat).

Sebelum ini, rekod posisi paling tinggi dalam carta itu dipegang oleh seorang lagi anggota BTS, J-Hope yang melancarkan album mixtape Hope World dan ia berada di kedudukan ke-38 carta itu pada Mac lalu.

BTS, RM, Mono

Artikel Lain