suria

Karlie Kloss & Joshua Kushner kahwin selepas 3 bulan bertunang

SELEPAS tiga bulan mengumumkan pertunangan, pasangan Karlie Kloss dan Joshua Kushner dilaporkan sudah rasmi berkahwin pada Khamis lalu.

Majlis perkahwinan diadakan secara sederhana di New York dengan kahadiran hanya 80 tetamu dalam kalangan keluarga terdekat.

Menurut sumber seperti dipetik majalah People, majlis besar-besaran akan diadakan pada tahun depan.

Pada majlis istimewa itu model Victoria's Secret mengayakan gaun pengantin berwarna putih rekaan Dior.

Pada Julai lalu, model berusia 26 tahun itu mendedahkan pertunangan mereka di Instagram miliknya.

Dia yang memuat naik foto sebentuk cincin sebagai tanda ikatan itu memberitahu bakal berkahwin dalam masa terdekat.

"Aku mencintaimu lebih dari sekadar kata-kata. Josh kamu sahabat dan belahan jiwaku. Aku tidak sabar untuk bersamamu selamanya," tulisnya di kapsyen.

Karlie Kloss

Artikel Lain