suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Justin Bieber berminat beli banglo mewah Demi Lovato

Justin dan Hailey mungkin membeli rumah Demi Lovato. Foto: People

PASANGAN selebriti Justin Bieber dan Hailey Baldwin dikhabarkan sedang mencari rumah untuk dibeli di Los Angeles.

Menerusi laporan People, salah satu rumah yang mungkin menjadi pilihan mereka adalah rumah milik penyanyi Demi Lovato.

Rumah yang terletak di Hollywood Hills itu merupakan lokasi Demi ditemui tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah secara berlebih-lebihan pada Julai lalu.

Demi memilih untuk menjual rumah tersebut pada September lalu dan dianggarkan kediaman mewah itu bernilai RM37 juta.

Ketika meninjau kawasan tersebut, Justin dilihat mengenakan hoodie merah dan topi hitam, sementara Hailey tampil berseluar jeans dan pakaian berwarna hitam.

Justin Bieber, Demi Lovato

Artikel Lain