suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jung Chaeyeon (DIA) direhatkan daripada aktiviti seni

Jung Chaeyeon akan terus berehat selepas dibawa ke hospital.

ANGGOTA kumpulan DIA iaitu Jung Chaeyeon terpaksa membatalkan aktiviti seninya untuk sementara waktu akibat masalah kesihatan.

Menurut laporan Soompi, agensi pengurusannya MBK Entertainment, Jung Chaeyeon pangsan dalam perjalanan ke acara tanda tangan bersama peminat pada Sabtu dan dikejarkan ke hospital.

"Jung Chanyeon mengalami masalah kesihatan disebabkan perubahan cuaca. Dia akan berehat selepas dibawa ke hospital," kata wakil agensi.

Jung Chaeyeon juga tidak dapat hadir ke program DEW E DEW pada minggu fashion Seuol dan konsert di Gangwon pada Sabtu.

Jung Chaeyeon, DIA

Artikel Lain