suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dalam diam Kim Joon dah berkahwin dan ada anak

Kim Joon dedah sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

PELAKON Kim Joon membuat pendedahan bahawa dia sudah berkahwin sejak tiga tahun lalu dan mempunyai seorang anak.

Menerusi temu bual bersama media Ilgan Sports, Kim Joon memberitahu tidak ada artikel mengenai perkahwinannya sehingga kini menyebabkan ramai pihak tidak mengetahui perkara tersebut.

"Saya dah berkahwin tiga tahun lalu. Sehingga kini tak ada artikel mengenai perkahwinan saya menyebabkan ramai orang mungkin tidak tahu.

"Kecuali orang terdekat saya sahaja. Saya berkahwin dan mula membina keluarga bersama isteri yang sudah bersama saya sejak sembilan tahun.

"Malah, saya sekarang sudah bergelar seorang bapa," kata Kim Joon menerusi laporan Soompi.

Kim Joon dan isterinya yang bukan daripada kalangan selebriti itu mula menjalinkan hubungan sebelum dia bergelar artis.

Kim Joon

Artikel Lain