suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hidangan seperti ulat, kebolehan memasak BTS dikritik

Masakan Jin (BTS) mendapat kritikan pedas daripada chef terkenal, Gordon Ramsay.

DUA anggota kumpulan BTS iaitu Jin dan Mark yang mempunyai bakat dalam bidang masakan barangkali tidak akan kembali ke dapur lagi.

Mana tidaknya, masakan mereka mendapat kritikan pedas daripada chef bermulut lancang iaitu Gordon Ramsay menerusi Twitternya.

Seorang peminat yang menyamar kononnya teman wanita kepada Jin memuat naik gambar hidangan dimasak Jin iaitu Jajangmyeon (mi bersama sos kacang) bersama telur goreng dan meminta pendapat Gordon.

Antara hidangan yang mendapat kritikan Gordon.

Juri program Masterchef US itu dalam balasannya bagaimanapun menyamakan hidangan itu seperti ulat, lapor Koreaboo.

Tidak terhenti di situ, Gordon mengkritik pula masakan Mark yang menyediakan hidangan ringkas keju bersama telur untuk ibunya.

Sekali lagi, peminat yang menyamar meminta Gordon mengulas mengenai masakan tersebut.

Pertanyaan itu seperti biasa menimbulkan kemarahan Gordon yang meminta wanita itu memuat naik aplikasi Tinder untuk mencari teman lelaki baru!

BTS, Gordon Ramsay

Artikel Lain