suria

Minhwan dedah Yulhee sedang hamil

Pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada 19 Oktober depan.

ANGGOTA kumpulan F.t Island, Minhwan dan Yulhee (Laboum) dilaporkan bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Minhwan berkongsi berita gembira itu kerana mahu peminatnya mengetahui perkara itu daripadanya bukan orang lain.

Malah, dia juga membuat pengumuman bakal berkahwin dengan tunangnya pada 19 Oktober depan.

"Selepas berfikir panjang dan saya sudah menyelesaikan situasi yang berlaku, saya nak jadi orang pertama beritahu anda yang sentiasa menyokong kami.

"Saya akan menjadi seorang bapa tidak lama lagi! Saya masih muda dan belum cukup pengalaman untuk menjadi bapa.

"Tapi saya akan cuba sedaya upaya supaya saya akan jadi bapa yang lebih baik dan bertanggungjawab," kata Minhwan menerusi laporan Soompi.

Dalam pada itu, Minhwan juga berkongsi nama panggilan bakal bayi sulungnya iaitu Jjang.

Pasangan itu mengesahkan hubungan cinta mereka pada September lalu dan mengumumkan pertunangan pada Januari lalu.

Minhwan, Yulhee

Artikel Lain