suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agensi Tunjuk Bukti Lee Joon Tak Cuba Bunuh Diri

Agensi menafikan khabar angin sebuah media mengatakan Lee Joon cuba membunuh diri. Foto: Soompi

AGENSI naungan pelakon Lee Joon menafikan khabar angin bintang tersebut melakukan percubaan membunuh diri.

Menurut portal Allkpop, Pengurus Agensi tersebut iaitu Yeo Jun Young berkata berita yang disebarkan sebuah media Korea Selatan itu adalah tidak benar dan satu penipuan.

"Pergelangan tangannya ok sahaja, saya boleh lihat dari jauh. Terima kasih kepada semua dan semoga dia sihat sahaja," katanya.

Pengurus agensi tunjuk bukti foto pergelangan tangan Lee Joon.

Yeo menulis status itu bersama foto terkini pergelangan tangan pelakon itu sebagai bukti tiada sebarang kecederaan.

Malah, keterangan sebelum ini memaklumkan Lee Joon menderita 'panic attack' dan perlu mendapatkan rawatan supaya kondisi mentalnya lebih stabil.

Lee Joon

Artikel Berikut

Artikel Lain