suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sebelum Ditemukan Mati, Keluarga Lapor Kehilangan Mark Salling

Mark Salling bergambar dengan ibunya, Condy Sue.

KELUARGA mendiang Mark Salling dilaporkan membuat laporan polis berhubung kehilangannya enam jam sebelum mayatnya ditemui pada pagi Selasa lalu.

Daily Mail melaporkan keluarga pelakon berusia 35 tahun itu membuat panggilan kecemasan bagi meminta bantuan pihak polis untuk menjejaki Mark yang digambarkan dalam keadaan murung dan cuba membunuh diri.

Bintang siri muzikal Glee itu dilihat kali terakhir pada pukul 11.30 malam hari sebelumnya sebelum menghilangkan diri.

Mayat Mark ditemui pada pukul 9 pagi selasa lalu oleh sepasukan polis dalam keadaan tergantung dalam sebuah hutan di Tujunga, Los Angeles berdekatan kediamannya.

Dalam laporan awal pihak berkuasa, Mark dipercayai sudah meninggal dunia beberapa jam sebelum mayatnya ditemui.

Kejadian itu mengejutkan peminatnya selepas dia mengaku bersalah memiliki sejumlah 50,000 bahan pornografi kanak-kanak pada Disember tahun lalu.

Mark sedang menunggu hukuman terhadapnya yang akan diputuskan pada 7 Mac depan.

Pelakon itu berhadapan hukuman penjara sehingga 7 tahun.

Mark Salling, Glee

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain