“Jangan Sampai Kena Belasah” - Drake - Bintang Global | mStar

“Jangan Sampai Kena Belasah” - Drake

Drake tegur penonton yang melakukan gangguan seksual semasa konsertnya. Foto: thesource

PENYANYI Rap, Drake bertindak menghentikan persembahan setelah melihat seorang gadis mengalami gangguan seksual ketika menonton konsertnya di Australia.

Portal hiburan Hollywood Life melaporkan, Drake yang sedang menyanyikan lagu Knowing Yourself menegur lelaki yang meraba wanita itu secara terbuka dan mengugut untuk membelasahnya.

"Kalau kamu tidak berhenti meraba gadis itu, saya akan turun dan belasah kamu," jerit Drake dari atas pentas disertai sorakan peminat.

Video insiden itu yang dimuat naik ke laman Instagram louisesukari menerima hampir 20,000 jumlah tontonan.

Peminat memuji tindakan Drake yang tidak berkompromi dengan kejadian membabitkan gangguan seksual dalam konsertnya.

Insiden memalukan itu berlaku ketika dia menjayakan persembahan pentas di kelab malam Marquee, Sydney pada 14 November lalu.

Drake

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kisah Cinta Lee Min-Ho, Suzy Berakhir

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

6 pemimpin parti menghadap Agong

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin