suria

Pengurus Jackie Chan Meninggal Dunia

Willie Chan (kiri) merupakan pengurus kepada Jackie Chan serta beberapa selebriti terkenal Hong Kong. Foto: APPLE DAILY.

HONG KONG: Produser dan pengurus kepada pelakon Jackie Chan iaitu Willie Chan, 76, dilaporkan meninggal dunia pada malam Isnin.

Menerusi Daily News pengarah Stanley Kwan mengesahkan Willie menghembuskan nafas terakhir ketika dia sedang tidur.

Menurut Stanley, dia menerima panggilan dari keluarga Willie pada malam kejadian.

Willie ditemui tidak sedarkan diri pada pagi Selasa dan dihantar ke hospital untuk pengesahan kematiannya. 

Manakala menerusi status di laman Weibo Jackie Chan meluahkan rasa sedih kehilangan insan yang paling penting dalam hidupnya.

"Willie Chan sudah tiada. Salah seorang insan yang penting dalam hidup sudah meninggalkan saya.

"Semua orang tahu saya tak akan jadi seperti sekarang tanpa awak tetapi tidak sesiapa tahu pengalaman yang kita kongsi bersama.

"Paling penting, kita berdua tahu dan faham," kata Jackie Chan yang sudah menganggap Willie sebagai abangnya.

Pada tahun 1980 dan 1990, ketika pasaran filem Hong Kong sedang meningkat naik, Willie Chan banyak menguruskan nama-nama selebriti besar.

Antaranya Maggie Cheung, Jackie Chan, Cherie Chung, Jacky Cheung, Carol Cheng, Joey Wong, Tony Leung Ka Fai, Carina Lau, Angie Chiu, Simon Yam, Sylvia Chang dan Joan Chen.


Jackie Chan, Willie Chan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain