suria

Kangnam Dikritik Perkecilkan Ghana

Kangnam dan Okyere dalam program di saluran SBS baru-baru ini.

ANGGOTA kumpulan M.I.B, Kangnam dikritik teruk oleh netizen setelah pertanyaannya mengenai negara Ghana dipaparkan dalam sebuah program televisyen baru-baru ini.

Menurut laporan Soompi, Kangnam dan selebriti berkulit hitam, Sam Okyere tampil dalam rancangan My Ugly Duckling di saluran SBS pada 22 Oktober lalu.

Ketika Okyere berkongsi mengenai jadualnya yang padat di Ghana, Kangnam mula bertanya beberapa perkara yang tidak masuk akal.

"Kamu selebriti ke di Ghana? Adakah Ghana ada stesen televisyen atau kelab hiburan?" soal Kangnam.

Okyree yang tidak melatah dengan soalan itu lantas menjawab jika dia mahu melihat haiwan di Ghana, dia juga perlu ke zoo.

Jawapan itu menunjukkan yang Ghana bukanlah sebuah negara mundur seperti yang disangkakan oleh Kangnam.

Pertanyaan Kangnam terhadap Okyere menjadi perbualan netizen yang rata-ratanya beranggapan penyanyi itu bersifat biadab kerana cuba memperkecilkan negara seperti Ghana.

Kangnam

Artikel Sebelum

Artikel Lain