suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cardi B Dituduh Hisap Ganja Dalam Bilik

Cardi B menafikan dia hisap ganja di dalam bilik hotel.

PENYANYI rap Cardi B tampil mempertahankan diri melalui laman Instagram setelah dihalau dari Hotel Hilton Albany, New York, kerana dituduh menghisap ganja dalam bilik penginapannya, baru-baru ini. 

Menurut laporan US Magazine, penyanyi berusia 34 itu menjelaskan dia dan pengurusnya tidak melakukan perbuatan itu sebaliknya bilik itu memang sudah ada bau ganja ketika mereka mendaftar masuk. 

Menurut Cardi, dia bukanlah seorang perokok apatah lagi penghisap ganja dan menganggap tuduhan itu tidak berasas. 

Dalam kejadian pada 21 Oktober lalu, bilik penginapan Cardi dan pengurusnya diketuk oleh pihak polis sebelum mereka diarahkan meninggalkan hotel berkenaan. 

Video kejadian yang dimuat naik oleh TMZ pada 22 Oktober lalu menunjukkan Cardi meninggalkan hotel itu dengan marah dan menganggap kejadian itu bersifat perkauman. 

Jelasnya, polis di kawasan Albany, New York sememangnya dikenali dengan sifat perkauman dan Cardi sendiri pernah menerima layanan buruk sebelum ini.

Cardi B

Artikel Berikut

Artikel Lain