suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lupita Nyong’o Mangsa Gangguan Seksual Penerbit Filem

Lupita Nyong'o tampil mendedahkan dia turut menjadi mangsa gangguan seksual penerbit terkenal Harvey Weinstein.

AKTRES Lupita Nyong'o menjadi selebriti terbaharu tampil mendedahkan pernah menjadi mangsa gangguan seksual melibatkan produser filem terkenal iaitu Harvey Weinstein.

Bercakap kepada New York Times, Nyong'o memberitahu Weinstein mahu mengurut badannya sewaktu sesi tayangan filem di kediaman penerbit itu.

Dedahnya lagi, Weinstein juga mahu menanggalkan seluarnya dihadapannya menyebabkan aktres itu bergegas pulang kerana berasa tidak selesa dengan tindakannya itu.

Nama Harvey Weinstein menjadi panas selepas ramai selebriti wanita tampil mendedahkan menjadi mangsa gangguan seksual penerbit itu.

Nyong'o yang mahu melupakan peristiwa itu bagaimanapun berani untuk mendedahkannya kerana ramai selebriti lain tampil membuat tindakan sama.

Pendedahan mengenai gangguan seksual Weinstein bermula apabila Ashley Judd mendedahkan perkara itu di Instagram miliknya baru-baru ini.

Sejak itu, lebih ramai aktres tampil memberitahu pernah menjadi mangsa Harvey seperti Gwyneth Paltrow, Angelina Jolie, Mira Sorvino, Lucia Evans, Jessica Barth selain model kelahiran Itali, Ambra Battilana Gutierrez.

Lupita Nyong'o, Harvey Weinstein

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain