suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kai Exo Kembali Jadi Pelajar Sekolah

Kai Exo memegang watak yang berbeza dalam drama terbarunya.

KAI anggota kumpulan EXO sememangnya hebat di atas pentas, namun kemunculannya dalam sebuah drama menampilkan sisi berbeza dirinya.

Drama bertajuk Andante yang disiarkan melalui saluran KBS 1TV menampilkan Kai yang membawa watak seorang pelajar sekolah tinggi.

Menurut Nielsen Korea, episod pertama drama itu mencatat jumlah tontonan kebangsaan dengan purata 2.8 peratus.

Episod pertama drama tersebut memperkenalkan watak Kai sebagai Si Kyung, seorang pelajar yang terpaksa meninggalkan Seoul untuk tinggal bersama neneknya di kampung.

Drama itu meraih minat orang ramai dengan menampilkan Kai sebagai watak utama. 

Produksi drama itu dilaporkan sudah tamat pada awal tahun ini namun masalah saluran dan waktu siaran menyebabkan ia lambat ditayangkan. 

Drama itu kini boleh ditonton di saluran KBS TV1 pada setiap pagi Ahad.

Kai Exo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain