suria

“Jangan Percaya Cerita Itu!” – John Legend

John menegaskan bahawa dia dan isteri masih lagi bersama.

MODEL terkenal, Chrissy Teigen berang apabila dakwaan mengatakan dia dan suaminya yang juga penyanyi John Legend sudah berpisah. 

Chrissy, 31, memuat naik status di Instagramnya menegaskan dakwaan tersebut tidak benar dan mereka masih lagi bahagia. 

Malah, John juga meminta agar peminat tidak mempercayai gosip tersebut menerusi laman Twitternya. 

"Jangan percaya cerita itu! Kami masih baik dan bahagia saja," kata John. 

Dalam pada itu, penyanyi lagu All Of Me itu sempat memberi ucapan sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

John memuat naik foto Chrissy sedang mencium hidungnya di Instagram dan mendapat perhatian ramai.  

"Hari genap ulang tahun ke-4 perkahwinan kita. Bertemu pada 11 tahun yang lalu. Saya sangat mencintai wanita ini," tulisnya. 

Chrissy, John Legend

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain