suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Minhwan (FT Island), Yulhee Sah Bercinta

Minhwan dan Yulhee mengesahkan mereka berdua sedang bercinta.

DUA bintang kpop terkenal Minhwan daripada kumpulan FT Island dan Yulhee (LABOUM) mengesahkan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

Soompi melaporkan berita itu disahkan oleh syarikat pengurusan mereka selepas gosip mengatakan pasangan itu sedang hangat bercinta tersebar.

"Selepas bertanya sendiri dengan Minhwan kami mengesahkan berita yang tersebar itu adalah benar dan mereka adalah pasangan kekasih.

Yulhee memuat naik gambar mesra bersama Minhwan yang mendapat perhatian peminat.

"Mereka mengenali selepas sama-sama berada dalam industri hiburan dan berharap peminat akan mendoakan yang baik untuk mereka berdua," kata wakil syarikat tersebut.

Hubungan Minhwan dan Yulhee menjadi bualan hangat peminat selepas wanita itu memuat naik beberapa foto mereka di Instagram yang kemudiannya di padam.

Sejak itu mereka menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat sehingga timbul pelbagai spekulasi.

Minhwan, FT Island, Yulhee

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain