suria

Tunang Robert Pattinson Keluar Dengan Lelaki Lain

Robert dan tunangnya FKA Twigs,

APA sudah jadi dengan pertunangan Robert Pattinson dan FKA Twigs? Minggu lalu heboh tentang pelakon Twilight itu keluar makan malam penuh romantik bersama penyanyi Katy Perry.

Kali ini, giliran FKA Twigs pula dikatakan bercuti bersama seorang lelaki tanpa kehadiran Pattinson di sisinya.

Lelaki berkenaan dipercayai seorang model bernama Brieuc Breitenstein berusia 29 tahun.

Foto-foto mesra mereka dirakam paparazi dan kelihatan lelaki tersebut mengucup rambut wanita berkenaan. 

Aksi mesra kedua-dua mereka menjadi tanda tanya netizen yang mahu mengetahui perkembangan hubungan pasangan ini

Bagaimanapun, kedua-dua mereka masih belum memberi sebarang kenyataan berkaitan perkara itu.

Robert Pattinson, FKA Twigs

Artikel Lain