suria

Robert Patinson Ketagih Mencuri

PELAKON Robert Pattinson mengaku dia pernah melalui zaman pahit apabila dibuang dari sekolah.

Robert menerusi wawancara program The Howard Stern Show baru-baru ini berkata, dia menerima hukuman tersebut kerana didapati mencuri dan menjual majalah dewasa kepada pelajar lain.

Pelakon berusia 31 tahun itu memberitahu dia melakukan perkara itu bagi mendapatkan wang tambahan ke sekolah selain ketagih untuk mencuri.

"Saya pernah melalui zaman ramaja yang buruk apabila dibuang sekolah kerana saya mencuri majalah dewasa di sebuah kedai majalah.

"Perkara itu diketahui oleh pihak kedai dan melaporkannya kepada ibu bapa dan sekolah," ujarnya.

Pelakon ini berkata, pada awalnya dia hanya sekadar suka-suka mengambil majalah tersebut, namun menjadi ketagih melakukan perkara itu.

Malah, menjual majalah yang dicuri itu kepada kawan-kawan yang lain.

Katanya, dia tertangkap oleh pemilik kedai itu apabila mencuri satu rak majalah ketika memakai pakaian seragam sekolah.

Robert Patinson

Artikel Sebelum

Artikel Lain