suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Madison Beer Cinta Baharu Brooklyn Beckham

Brooklyn dan Madison dilihat kerap meluangkan masa bersama.

ANAK kepada pemain bola sepak dunia, David Beckham iaitu Brooklyn Beckham dikatakan sudah mempunyai kekasih baharu selepas putus cinta dengan pelakon Chole Grace Moretz.

Menerusi laporan E News, Brooklyn dan Madison tidak mahu membuang masa dan mereka kini di fasa mengenali hati budi masing-masing.

Foto pasangan tersebut keluar bersama ketika berada di Los Angeles yang dirakam jurugambar bebas mendapat perhatian ramai.

Menurut sumber, Brooklyn dan Madison juga pernah dilihat makan malam bersama ibunya, Victoria Beckham di West Hollywood. 

"Mereka berdua pernah dilihat makan malam bersama ibu Brooklyn, Victoria Beckham. Nampaknya, hubungan pasangan ini semakin serius," kata sumber.

Pada awal bulan Julai, bekas kekasih Madison iaitu Jack Gilinksky pernah mengelarkan wanita tersebut sebagai pelacur. 

Namun, Gilinsky memberitahu bahawa kenyataan tersebut telah dikeluarkan pada tahun lalu dan memohon maaf atas kelanjuran kata.

Sementara itu, hubungan cinta Brooklyn dan Chloe telah berakhir pada penghujung tahun 2016.

Brooklyn Beckham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain