suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Swafoto Atas Katil, Hyorin (Sistar) Cetus Kontroversi

Hyorin. - Foto: Koreaboo

AKIBAT terlalu ghairah berkongsi gambar di laman sosial, ahli kumpulan Sistar, Hyorin seolah-olah mengundang kontroversi untuk dirinya sendiri.

Malah menurut laporan koreaboo.com, tindakan Hyorin memuat naik gambarnya yang duduk di atas katil dengan hanya memakai bra mencetuskan perdebatan di kalangan pengikut Instagram.

Lebih menimbulkan perbalahan apabila semua pihak tertanya-tanya mengenai individu yang sedang berbaring di atas katil yang sama.

Difahamkan gambar itu dirakamkan Hyorin ketika dia mengikuti siri jelajah bertemu peminat di Los Angeles dan New York.

Pengikut Instagram Hyorin ingin tahu sama ada orang yang berada disampingnya itu adalah lelaki atau perempuan.

Di kalangan mereka ada yang berhujah bahawa ia adalah seorang lelaki berdasarkan gaya rambut yang pendek, sementara pengikut lain menegaskan bahawa Hyorin tidak akan muat naik gambar itu di Instagram jika individu itu ialah lelaki.

Hyorin bagaimanapun telah memadamkan gambar berkenaan.

Hyorin (Sistar)

Artikel Lain