suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dadah Bukan Punca George Michael Meninggal Dunia

George Michael meninggal dunia pada 25 Disember tahun lalu.

SELEPAS hampir tiga bulan meninggal dunia, akhirnya punca kematian penyanyi legenda George Michael didedahkan kepada umum.

E Online melaporkan George, 53, meninggal dunia atas sebab biasa dan bukannya kerana membunuh diri atau penyalahgunaan dadah seperti dilaporkan sebelum ini.

Perkara itu didedahkan oleh pegawai penyiasat dari Oxfordshire pada Rabu.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap George mendapati mendiang meninggal dunia atas sebab biasa.

"Dengan itu tidak akan ada lagi bedah siasat dilakukan selepas ini atau maklumat akan diserahkan kepada pihak media bagi menghormati mendiang dan keluarga," kata pegawai berkenaan.

Pada 25 Disember lalu, penyanyi lagu Careless Whisper itu ditemui mati di kediamannya dan spekulasi mengenai kematian mengejutnya mula tersebar.

Ini termasuk dia dikatakan mungkin mengambil dadah sebelum ditemui mati oleh teman lelakinya, Fadi Fawaz.

Malah Fadi turut disoal siasat oleh polis berhubung kematian George namun pihak berkuasa menyifatkan kematian penyanyi itu sebagai tiada yang mencurigakan.

George Michael

Artikel Lain