suria

Nam Taehyun Beri Tempoh Seminggu Kepada 'Haters'

Nam Taehyun beri tempoh seminggu kepada 'haters' untuk memadam tulisan berbentuk fitnah yang dilemparkan kepadanya di laman sosial.

PENYANYI Nam Taehyun memberi tempoh seminggu kepada 'haters' (pembenci) untuk memadam tulisan berbentuk fitnah terhadapnya di laman sosial.

Taehyun yang juga bekas anggota kumpulan Winner memberitahu selepas tempoh itu tamat dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak masih berdegil.

Malah kata Taehyun pihak polis turut menelefonnya untuk memberi keterangan selepas peminatnya membuat laporan polis berhubung perkara itu.

"Peminat telah membuat laporan polis berhubung komen atau status berbaur fitnah terhadap saya di laman sosial dan saya perlu tampil memberi keterangan.

"Saya akan bercakap tentang perkara ini buat kali terakhir; berhenti sebar fitnah dan sila padam semua fitnah dan khabar angin yang anda buat tentang saya dalam tempoh seminggu.

"Sekiranya masih ada yang berdegil saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Sebelum ini, Taehyun pernah memberitahu telah mengupah peguam untuk memfailkan saman terhadap pihak yang menyebarkan fitnah terhadapnya.

Nam Taehyun, Winner

Artikel Lain